Monday, April 19, 2010

"Kari Kepala Ikan Tenggiri"

Salam senin buat Uoals...semua sihatkan...
N3 arini xdelah menarik sangat cuma teman nk iklankan semalam punya "Menu Lunch"
iaitu kari kepala ikan tenggiri & sayur goreng..
sebenarnya kari ni dimakan dengan nasik tp bujang teman  ni ntah aper pesen dia ni
kurang gemar makan nasik so xnak kasi dia lapar teman gorengkan roti pratha instant kraft
boleh tahan gak sedap rasanya cicah dgn kari ni...so selamat menjamu mata Uoals ya..



roti pratha brand kraft...mmmm dapppp

Bahan:-

Kepala ikan tenggiri
1 mangkuk santan kelapa/susu segar
3 sudu besar rempah kari ikan (BABA"S)
3 ulas bawang putih (dimayang halus)
1 biji bawang besar (dimayang halus)
1 inci halia (dimayang halus)
perahan air asam jawa
garam & gula
bendi & tomato

bahan2 menumis:- 

1 tangkai daun kari
1 sudu besar halba campur

cara memasaknya:-

1. Kepala ikan dipotong kecil basuh bersih dan toskan airnya
2. Tumiskan daun kari dan halba campur kemudian masukkan
bahan2 yg dimayang tadi satu persatu dimulakankan dgn
bawang putih, halia dan akhirnya bawang besar
3. Bancuhkan serbuk kari dgn air secukupnya dan masukkan ke
dalam tumisan tadi gaul hingga sebati dan biarkan garing
4. Masukkan santan/susu segar kedalam tumisan td dan perasakan
garam, sedikit gula dan air asam jawa, apabila kuah mendidih
bolehlah masukkan ikan, bendi dan tomato biarkan mendidih
sekejap dan api boleh dipadam




No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails